Thursday, July 9, 2009

4 perkara sebelum tidur


Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasullah s.a.w tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat, dan Dia yang menjadikan siang untuk bangun berusaha".
Surah Al-Furqaan, ayat 25

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata-air, sambil menerima segala pemberiaan Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohon ampunan di waktu pagi sebelum fajar".
Surah Adz-Dzaariyaat, ayat 15 -18

Saturday, July 4, 2009

Orang Muda

Ingatan untuk diri sendiri. Allah amat kasih kepada orang muda yang tekun beribadah kepadaNya. Manfaatkan masa muda dengan sebaik-baiknya.

Sekadar perkongsian bersama.



"Hanya milik Allah asmaa-ul-husna (iaitu nama-nama yang agung sesuai dengan sifat-sifat Allah), maka bermohonlah dengan menyebut asmaa-ul-husna itu dan tinggalkan orang yang menyimpang dari kebenaran (dalam) menyebut nama-namaNya. Kelak mereka akan mendapat balasan apa yang telah mereka kerjakan."
Surah Al-A'raaf, ayat 180


"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaa-ul-husna. Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Surah Al-Hasyr, ayat 24


Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu."
Surah Al-Israa', ayat 110

Wednesday, July 1, 2009

Kelajuan Internet = Peningkatan Taraf Hidup


Kelajuan internet seringkali menghantui pengguna-pengguna tegar internet dalam memastikan internet dapat dilayari dengan pantas. Sehingga September 2008, Jepun telah mencapai 100Mbps. Memang laju. Berharap jua satu hari Malaysia juga mencapai kelajuan sebegitu malah lebih laju lagi dengan kadar yang berpatutan.

Bank Dunia turut mengklasifikasikan kelajuan internet adalah kunci kepada pertumbuhan ekonomi dan dunia pekerjaan. Dianggarkan kini 1.6 billion pengguna internet dengan penduduk Asia sebanyak 41.2% diikuti dengan benua Eropah sebanyak 24.6%. Di kalangan Asia, China merupakan pengguna terbesar dengan kadar 45% berbanding India yang hanya 12% walaupun mempunyai kadar penduduk yang tidak jauh berbeza. Pengguna internet Malaysia hanya 2.4% dari keseluruhan negara-negara Asia.


Apa yang dicari oleh kebanyakan pengguna? Kebanyakannya menggunakan internet sebagai platform komunikasi. Emel dan sosial media lain, aktiviti perbankan, penyelidikan produk, aktiviti membeli-belah, maklumat kesihatan, membaca akhbar dan jua santapan rohani yang terdapat dalam pelbagai format media. Aktiviti membaca blog tidak dilupakan selain mempunyai laman web mahupun blog tersendiri.

Jika dilihat,tidak dinafikan kadar populasi yang turut memainkan peranan, namun mungkin jua faktor teknologi capaian internet itu sendiri dan harga yang bersesuaian memberi impak ke atas perkembangan capaian internet sesebuah negara. Satu billion jika dibandingkan dengan sebuah buku bakal mempunyai 500,000 muka surat yang merangkumi bahagian depan dan belakang. Jika kini pun menghampiri 500,000 muka surat, bagaimana 10 tahun akan datang?

Friday, June 26, 2009

Kanak-Kanak Hilang


Nadia



Ahmad Zakry


Ketika melihat emel-emel di inbox, terlihat pesanan ringkas dari seorang rakan memohon bantuan mencari kanak-kanak yang hilang.

Please help find these kids.

Nadia Natasha, 8 tahun dan Ahmad zakry, 10 tahun telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7 malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha, 8 years and Ahmad Zakry, 10 years were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7 pm. Please call Puan Miza at 013- 345 5661 if you have any information. Thank you.

Mudah-mudahan adik ini dipertemukan semula dengan ahli keluarganya. Begitu jua dengan adik Sharlinie yang sudah lama menghilang.



Thursday, June 25, 2009

H1N1

Virus H1N1 kini semakin merebak di seluruh dunia. Sehingga kini, menurut WHO, sejumlah 55,867 kes dilaporkan melibatkan 108 buah negara dengan kadar kematian kini mencecah 238 orang. Sejumlah 3,707 kes terbaru dicatatkan dengan 7 kes kematian.

Di Malaysia, sehingga tarikh semasa, 91 kes dicatatkan dengan 2 buah sekolah terpaksa ditutup. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi situasi-situasi sukar sebegini. Marilah kita sama-sama mengadakan solat hajat dan berdoa agar situasi ini pulih secepat mungkin.

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan".


Basuh Tangan

Lambat basuh tangan mak mertua garang? Lambat basuh tangan lambat kahwin? Semua itu perumpamaan sahaja bagi menggalakkan kita membasuh tangan sejurus selesai makan. Benar atau tidak, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Apa yang jelas, Islam amat mementingkan kebersihan. Sebelum makan, basuh tangan. Selepas makan, pun kena basuh segera. Yang lebih cantik sekali, kita mendoakan kesemua yang terlibat dalam penyediaan makanan, tak kira dari pesawah padi hingga ke tukang masak, agar dilimpahkan rahmat dan kasih-sayangNya.

Makna Doa Sebelum Makan

Ya Allah berkatilah apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka.

Makna Doa Selepas Makan


Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami, dan telah menjadikan kami dari golongan orang-orang yang menyerahkan diri (Muslim).

Alhamdulillah. Cara membasuh tangan dengan betul di sini.

" Dan Tuhanku (yakni Allah S.W.T), Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku".
Surah As-Syu'araa', ayat 79

Kain Telekung Baru


Kain Telekung Baru...

Sesuai untuk kegunaan harian. Jua hadiah kepada yang tersayang; baik ibu, isteri, kakak, adik mahupun bakal suri hidup.

Pesan sekarang dengan harga RM 85 sahaja ( termasuk kos penghantaran)