Showing posts with label buku terpakai. Show all posts
Showing posts with label buku terpakai. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Kod 023 : Ceritalah 2 - Menjajat Asia Tenggara




Asia Tenggara - bagaimanakah takrifan rantau ini yang merangkumi dan berselirat dengan pelbagai akidah dan budaya yang cukup berbeza dan beraneka ragam.

Kam @ Karim Raslan, mencatatkan julat peristiwa daripada Tun Dr Mahathir kepada Michelle Yeoh, daripada Islam kepada muzik rap Indonesia sehingga ikon semasa rantau ini yang kelihatan bagaikan langsung tiada persamaan antara satu sama lain tersusun rapi bak sirih junjung dalam satu wadah persembahan.

Harga : RM 15 (sold)

Kod 019 : The Leader in Me (Edisi Bahasa Melayu)




The Leader in Me, ditulis oleh Stephen R.Covey adalah himpunan  kisah di sekolah, ibu bapa dan orang bisnes yang mempersiapkan generasi baru  ini supaya dapat menghadapi cabaran yang kompleks.

Harga : RM 13

Kod 017 : Di Mana Terangnya Bulan



Karya : Baharuddin Bekri

Sinopsis :
Dalil Tuhan untuk manusia, hidup ini adalah kepingan yang perlu dicantumkan. Mengambil hikmah daripada dalil itu, Kamarul menjejakkan kakinya ke Sarawak bagi melanjutkan pelajaran, kepingan hidup yang sering diangan-angan.

Tanpa Kamarul tahu, di situ dia menemukan lebih banyak kepingan hidupnya. Bermula dengan teman serumah yang diam dan hanya berpakaian hitam. Kemudiannya diari biru milik perempuan Cina yang berwajah ayu. Sehingga kepada lelaki berambut panjang yang menyimpan dendam.

Kamarul yang berwajah polos dan tidak tahu  menahu, mendapati kepingan-kepingan hidupnya itu perlu dicantumkan, hanya utuk menjawab satu persoalan, di mana terangnya bulan....

Harga : RM 10 (sudah dijual)